Punca Penyakit Gout Dan Penawarnya

Gout

Penyakit gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor, biasanya seseorang itu diserang oleh gout kerana salah satu sebab utama, ringkasan ini ditulis supaya anda dapat mengambil jalan penyelesaian penawarnya.

  1. Stress, telah terbukti memberi kesan negatif pada badan, melalui pengurangan mineral dan nutrisi dan pengeluaran adrenalin dan hormon stress (steroid).  Stress juga boleh menurunkan sistem imun anda, menukar paras sugar dalam daran dan menaikkan paras asid urik ke tahap tinggi.  Dadah biasanya akan menambahkan stress melalui dehidrasi tisu organ dan menyempitkan laluan-neuro dan menyekat penyerapan zat nutrisi dan mineral. Penawar alami boleh menanganinya.
  2. Makan makanan yang salah, cara makan, masa makan dan banyak mana anda makan, secara terus memberi kesan pada kesihatan anda. Makan terproses melemahkan sistem penghadaman anda, yang dengan itu melemahkan sistem imun anda dan seterusnya akan membenarkan gout menyerang dan berbagai lagi penyakit akan muncul. Ubatan tidak dapat menggantikan apa yang makanan baik berikan. Penawar alami yang menggunakan beberapa makanan pasti yang memulihkan kesiahatan dengan cepat dan selamat.
  3. Berat badan yang melebihi. Seperti yang dimaklum sesiapa yang menghadapi berat banda terlebih akan menaikkan risiko berbagai penyakit.  Kegemukkan boleh berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan metabolisma atau lebihan makanan atau kekurangan sesuatu yang sepatutnya. Ubatan tidak dapat mengimbangkan masalah ini, tetapi penawar alami akan dengan sendirinya mengimbangi beberapa hal dalam badan.
  4. Gula, terutamanya gula terproses, menyebabkan berbagai masalah kesihatan  masyarakat moden sekarang. Terlalu banyak gula akan menyebabkan radangan dan ia adalah penyebab utama kebanyakan penyakit yang diketahui. Antara penyakitnya ialah tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, dan juga semua isu sistem imun yang masyarakat kita menderita seperti gout. Penawar alami boleh mengimbangi paras normal asid urik dan memberikan zat nutrisi penting yang pengambilan gula memudaratkan.
  5. Antibiotik, hari ni antibiotik telah di lebih gunakan. Memang adakalanya bagus digunakan. Perkataan antibiotik itu sendiri bermaksud melawan kehidupan dan itulah apa yang dilakukannya. Antibiotik melenyapkan semua organisma dalam badan, termasuk yang baik dan diperlukan oleh kesihatan.
  6. Ramai orang menghadapi masalah disebabkan oleh ketidakseimbangan microorganism sihat yang diperlukan untuk penghadaman yang baik dan sistem imun yang berkesan. Dan juga, ramai orang yang mengambil antibiotik telah pun menderita dengan sistem imun yang lemah.   Penawar alami boleh membantu memulihkan semula sistem pertahanan alami badan kita.
  7. Keseimbangan pH juga sangat penting dijaga seperti mana suhu badan, terlalu tinggi tidak baik dan terlu rendah juga tidak baik.  Semua yang tersenarai di atas memberi kesan pada pH dengan meningkatkan keasidan dan kristal asid urik. Lagi tinggi paras asid lagi rendah oksigen dalam badan anda. Sel badan membuat kumbahan berasid dan biasanya dinyah melalui air kencing. pH yang rendah atau tinggi paras asid menyebabkan gout dan juga pengerasan arteri dan radangan sendi dan tisu sel badan.
  8. Paras rendah elektrolit (mineral) disebabkan oleh ubat dadah, diet kurang dan kurang aktiviti. Penawar alami boleh mengatasi masalah ini dengan memberi imbangan paras mineral seperti kalsium, potassium, magnesium dan banyak lagi.

Ini adalah satu pengenalan untuk memberi kesedaran kepada anda bahawa kita hidup sihat dari makanan hidup dan segar, kita tak dapat hidup sihat dari makanan mati atau bahan kimia iaitu dadah dan makanan terproses.

Jika mendapat penyakit gout, pastikan mendapat penawar gout yang sebenarnya, dan berilah prioriti kepada teknik perubatan semulajadi berasaskan herba

Sumber : penawaralami

Air sebagai ubat gout semulajadi

Minum banyak air merupakan antara nasihat yang perlu dipesan selalu kepada pesakit gout di hospital selain dari makan ubat gout . Tetapi yang menjadi persoalan adalah berapa banyak air yang perlu diambil sebagai ubat gout. Mereka perlu diberi penerangan yang sebenar supaya mereka tidak membuat anggaran sendiri. Sebenarnya jumlah sebenar yang diperlu diminum ialah dua hingga tiga liter sehari.

Untuk memudahkan membayangkan jumlah yang diperlukan untuk menjadikannya sebagai ubat gout, tiga liter adalah bersamaan dengan dua botol besar air mineral. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah perlu untuk minum sebanyak itu ? Ini kerana bila banyak minum, maka banyak kalilah kena berulang ke tandas buang air kecil.

Sebenarnya kerap berulang kencing adalah tujuannya supaya air kencing pesakit senantiasa berada dalam keadaan cair. Kerap berulang ke tandas adalah dianggap baik kerana menandakan lebih banyak garam akan dibuang daripada badan dan tercapailah tujuan air sebagai ubat gout .

Penyakit gout merupakan penyakit yang disebabkan oleh pengumpulan asid urik dalam badan. Asid urik yang terbentuk di dalam darah adalah merupakan hasil pemecahan pelbagai proses kimia. Pada kebiasaannya darah dibersihkan secara proses penapisan dalam buang pinggang dan asid urik kemudiannya dibuang melalui pembuangan air kencing.

Macamanapun, badan pesakit gout biasanya tidak dapat untuk menyingkirkan asid urik secara secukupnya dan paras asid urik dalam darah akan meningkat. Asid ini biasanya akan mendap di sendi yang biasanya boleh menyebabkan keradangan akut di sendi yang terlibat. Ini dipanggil gout artritis akut.

Malah, mereka yang ada penyakit buah pinggang biasanya juga mengalami masalah paras asid urik yang tinggi di dalam darah. Ini sebabnya mengapa pesakit disuruh untuk minum banyak air kerana dengan lebih kerap mereka membuang air kecil, ini bermakna lebih banyak asid urik dapat dikeluarkan daripada badan.

Sebenarnya, penyakit gout merupakan penyakit kuno yang diketahui dengan secara terperinci sejak abad kelima Sebelum Masihi, tetapi sehingga kini ia masih merupakan antara masalah besar di kalangan pesakit kerana penyakit gout menyebabkan kesakitan serta membataskan pergerakan seseorang.

Walaubagaimanapun, masih ramai yang tidak menganggapnya sebagai satu masalah besar jika dibandingkan dengan penyakit lain, walaupun penyakit gout telah terbukti boleh menjejaskan kualiti dan tahap kesihatan seseorang, kata Perunding Reumatologi Hospital Putrajaya, Dr Heselynn Hussein.

Penyakit Gout, jangan pandang remeh

Penyakit Gout adalah merupakan salah satu bentuk artritis yang biasanya diebabkan oleh terkumpulnya hablur-hablur asid urik di sendi-sendi. Penyakit gout ini sebenarnya terlalu menyakitkan dan pada kebanyakan kes, ia hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Perkataan “Gout” sebenarnya berasal dari perkataan Latin, “gutta” yang membawa maksud ‘setitis’, oleh sebab mengikut kepercayaan pada waktu itu, penyakit gout disebabkan oleh titisan humor-humor yang mengerikan dan yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan ketul-ketul mendapan urat.

Pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit gout biasanya mengalami peningkatan dalam aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-dua masalah itu. Aras asid urik yang tinggi adalah berkaitan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, serta darah tinggi. Penyakit gout juga boleh dihidapi berasakan faktor keturunan.

Penyakit gout pada kebiasaannya akan menyerang ibu jari kaki (Kes begini adalah lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Penyakit gout bagaimanapun boleh juga menjejaskan sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Terdapat juga kes di mana penyakit gout telah menyerang pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, mungkin disebabkan oleh kecederaan pada masa dahulu yang telah menyebabkan peredaran darah yang kurang baik.

Selain itu pesakit dengan hiperurisemia berkemungkinan mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang biasanya dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, contohnya heliks telinga. Dalam sesetengah kes, karang asid urik mampu membentuk sejenis karang ginjal.

Penyakit Gout sebenarnya mempunyai empat peringkat yang jelas.

  1. Asimptomatik – pada peringkat ini biasanya paras asid urik plasma akan bertambah, tetapi masih tidak menunjukkan sebarang gejala
  2. Akut – Serangan penyakit gout yang pertama akan menandakan peringkat ini. Serangan tidak teruk kebiasaannya akan hilang dengan cepat, manakala serangan yang teruk boleh berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu
  3. Interkritikal – pesakit tersebut kemudian masuk peringkat inter-kritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini kemungkinan berlangsung selama beberapa bulan atau juga mungkin tahun. Kebiasaannya pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan sehingga dua tahun daripada serangan pertama.
  4. Kronik. – serangan penyakit gout akan menjadi kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu pula akan membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga mungkin akan boleh didapati dalam banyak sendi. Di dalam kes gout kategori kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal berkemungkinan boleh juga terjadi.

Sebenarnya, walaupun masih di peringkat awal, penghidap penyakit gout perlulah segera mendapatkan ubat gout samada daripada hospital ataupun menggunakan rawatan herba yang diluluskan oleh kementerian kesihatan.

Penawar gout hpa , semulajadi dan ekonomik

Penawar gout hpa adalah merupakan salah satu perawatan alternatif untuk menghilangkan gout. Penawar gout ini adalah berasaskan kepada bahan semulajadi iaitu herba yang terdapat di negara kita. Ini merupakan alternatif yang baik kepada rawatan gout berasaskan bahan kimia yang biasanya hanya melihat rawatan gout daripada segi kesan yang sementara bukan menghilangkan masalah gout pada akar umbi.

 

Herba penawar gout hpa merupakan rawatan gout secara menyeluruh yang cuba untuk mengatasi masalah gout pada peringkat akar umbi iaitu permasalah asid urik yang berlebihan dalam badan. Penawar gout ini bertindak dengan mengeluarkan asid urik yang berlebihan melalui air kencing. Herba gout ini juga mempunyai fungsi untuk memperbanyakkan air kencing untuk mempercepatkan lagi proses pengeluaran air kencing.

Kepada anda yang terlalu bergantung kepada ubat gout hospital atau klinik, cubalah untuk mencari penawar gout untuk menghilangkan gout anda secara sepenuhnya. Ubat kimia seperti yang saya katakan tadi, lebih kepada solusi sementara. Mungkin cepat baik, tapi hasilnya bukan penyembuhan yang total tapi hanya sementara. Terdapat banyak produk herba gout di pasaran dan penawar gout hpa adalah salah satu yang boleh dipertimbangkan.